Ahad, 24 Mei 2009
Majlis Maulid Dan Ratib 29 Mei hingga 3 Jun 2009
Para Habaib, Tuan Guru, Tuan Haji dan jamaah sekalian yang dirahmati Allah swt.Dimaklumkan Barnamej Maulid dan Ratib bersama Dr. Habib Ahmad Abdullah al-Kaff (ulamak didikan AL-Azhar, Jordan, Tarim dan Makkah) akan diadakan pada:
29 Mei 2009 di Masjid Bukit Gajah, Pelangai, Karak.
30 Mei 2009 di Masjid Seri Menanti, Negeri Sembilan (di hadiri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus).
31 Mei 2009 Masjid Ubudiyah Batu 1, Temerloh, Pahang.
1 Jun 2009 Masjid Jamek Beserah,Kuantan Pahang.
3 Jun 2009 Masjid Janda Baik, Pahang.
Majlis akan bermula pada jam 7 petang,keberkahan anda amat diharapkan untuk bersama, sudilah kiranya untuk anda sebarkan kepada jemaah di kawasan saudara.
Sabtu, 17 Januari 2009
Ajaran, Dzikir dan Contoh Sanad Tarikat Syattariah
Jumaat, 16 Januari 2009
Pengenalan Tarikat Syattariah
Abdul Rauf al-Singkili sendiri yang kemudian turut mewarnai sejarah mistik Islam di Indonesia pada abad ke-17 ini, menggunakan kesempatan untuk menuntut ilmu, terutama tasawuf ketika melaksanakan haji pada tahun 1643. Ia menetap di Tanah Arab selama 19 tahun dan berguru kepada berbagai tokoh agama dan ahli tarikat ternama. Sesudah Ahmad Qusyasyi meninggal, ia kembali ke Aceh dan mengembangkan tarikatnya. Kemasyhurannya dengan cepat tersebar ke luar wilayah Aceh, melalui murid-muridnya yang menyebarkan tarikat yang dibawanya. Antara lain, misalnya, di Sumatera Barat dikembangkan oleh muridnya Syekh Burhanuddin dari Pesantren Ulakan; di Jawa Barat, daerah Kuningan sampai Tasikmalaya, oleh Abdul Muhyi. Dari Jawa Barat, tarikat ini kemudian menyebar ke Jawa Tengah dan Jawa Timur. Di Sulewasi Selatan Tarikat Syaththariyah disebarkan oleh salah seorang tokoh Tarikat Syattariyah yang cukup terkenal dan juga murid kepada Ibrahim al-Kurani iaitu Yusuf Tajul Khalwati (1629-1699). Bila dilihat kepada pengamalan dan caranya, terdapat perbezaan antara pengamalan tariqa ini di kawasan lain dengan apa yang diamalkan di Sulawesi.
Mengambil Jalan Tariqah Ba ‘Alawi (Terjemahan dari Iqra’ Islamic Publication)
Berikut merupakan salah satu artikel yang telah diterjemahkan oleh saya dari Iqra’ Islamic Publication. Artikel ini adalah mengenai jalan Tariq Ba 'Alawi yang biasa diamalkan. Akan tetapi susah juga nak menemui mursyid tariq ini. Antara amalan-amalan dalam Tariqa ini adalah wirid Abi Bakr As-Sakran, Ratib Al-Haddad, Ratib Al-Attas dan Wirdul Latif iaitu wirid pagi dan petang. Ratiban dan wiridan ini adalah amalan-amalan tariqat ini selain dari hizb-hizb yang turut dibaca bersama. Tariqat ini adalah jalan pertengahan antara Tariq Ghazaliyah dan Tariq Syadziliah. Berikut adalah terjemahan nya:-
Mengambil Jalan Tariqah Ba ‘Alawi (Terjemahan dari Iqra’ Islamic Publication)
Bismillah
Assalamualaikum
Bagaimana caranya seseorang mengambil tariqah Ba ‘Alawi?
Abdul Latif
Walaikum us salaam saudara Abdul Latif,
Semoga Allah swt memberikan ganjaran kepada anda kerana bertanyakan kepada saya soalan yang begitu ikhlas.
Kami mengambil wudhu’ berniat untuk mengambil tariqat Ba ‘Alawi dan bersembahyang sunat dua rakaat (sunat taubat) memohon kepada Allah swt diampunkan dosa. Allah swt kemudian membukakan pintu kepada kita.
Kami
Kemudian kami mula tahu bahawa Ba Alawi adalah keturunan yang mulia dari Nabi kita yang dicintai dan dimuliakan Nabi Muhammad saw yang pada asalnya keluarga Ba Alawi ini tinggal di Yaman tetapi telah mengembara dan menetap di pelbagai tempat di dunia seperti Indonesia, Malaysia, Singapore, India, Myanmar dan Afrika Timur untuk menyebarkan Islam Kami juga telah mengetahui bahawa Tariqah Ba Alawi ini adalah berasaskan kepada ajaran-ajaran al-Quran dan Sunnah.
Jika tiada kumpulan zikir Ba Alawi di tempat kami, kami akan pergi ke tempat yang terdekat yang mempunyi perkumpulan tariqah Ba Alawi. Kami
Jika perkumpulan zikir yang paling dekat pun adalah terlalu jauh untuk kita, kita boleh membacakan surah Yasin setiap selepas solat subuh dan membaca Ratib Al-Haddad selepas solat Isyak. Adalah lebih barakah jika ia dilakukan dengan mendapat keizinan daripada seorang syeikh.
Jika kita mempunyai masa, adalah baik untuk bersama-sama mengikuti acara mauled dan zikir perkumpulan-perkumpulan tariqah lain seperti Qadiriyah, Rifaiyyah, Shaziliyah, Chistiyah dan Naqsyabandiyah (Ahmadiah Idrissiah, Syattariah pun boleh) untuk memperoleh barakah dari majlis mereka juga. Kesemua jalan tariqah ini menuju kepada Allah swt.
Sepanjang masa kita akan mendengar mengenai seorang syeikh yang besar dari tariqah Ba Alawi. Apabila orang mendengar mengenai sheikh Al-Habib Ahmad Mashhur bin Thaha Al-Haddad RA, mereka akan beprgian dari jauh untuk berjumpa dengan nya. Beberapa orang Islam yang terkenal yang menemuinya adalah Syeikh Abdul Hakim Murad dari UK, Sheikh Hamza Yusuf dari USA, dan saudara Ebrahim Kreps dari Canada. Ramai dating untuk mengambil baiat ditangan nya sementara yang lain ingin mendapat barakah berada bersama-samanya dan juga kerana ingin bersama dengan Habaib (keturunan yang mulia dari Nabi kita yang dicintai dan dimuliakan Nabi Muhammad saw).
Dr. Mostafa Al-Badawi biasa bepergian sekali seminggu ke Jeddah untuk bersama-sama dengan syeikh yang dicintainya.
Jika Allah swt meletakkan anda bersama-sama dengan syeikh seperti itu, seluruh kehidupan anda akan berubah supaya anda tetap di atas jalan istighfar iaitu sentiasa memohon keampunan kepada Allah swt. Tidak ternilai kesyukuran atas kurniaan dan nikmat yang besar ini dianugerahkan Allah.
Semoga Allah swt membangkitkan kita bersama orang-orang tua kita di Hari Pembalasan dengan bertemankan al-Habib di bawah Liwa’ al-Hamd (Bendera Pujian) dari Habib al-A’zam Nabi kita yang dicintai dan dimuliakan Nabi Muhammad saw. Amin
Dengan limpahan salam dan doa,
Siddiq
Khamis, 11 September 2008
Amalan Hizib dan Ucapan Syeikh Abu-l Hassan Al Syadzuli
Selasa, 9 September 2008
Tarikat Syadzuliah, Zikir dan Pengaruhnya
Mengenai zikir yang merupakan suatu hal yang mutlak dalam tareqat, secara umum pada pola dzikir tareqat ini biasanya bermula dengan Fatihat adz-dzikir. Para peserta duduk dalam lingkaran, atau kalau bukan, dalam dua baris yang saling berhadapan, dan syeikh di pusat lingkaran atau dihujung barisan. Khusus mengenai dzikir dengan al-asma al-husna dalam tareqat ini, kebijaksanaan dari seorang pembimbing khusus mutlak diperlukan untuk mengajari dan menuntun murid. Sebab penerapan asma Allah yang keliru dianggap akan memberi akibat yang berbahaya, secara rohani dan mental, baik bagi sipemakai mahupun terhadap orang-orang disekelilingnya. Beberapa contoh penggunaan Asma Allah diberikan oleh Ibn Atha’ilah berikut: “Asma al-Latif,” Yang Halus harus digunakan oleh seorang sufi dalam penyendirian bila seseorang berusaha mempertahankan keadaan spiritualnya; Al-Wadud, Kekasih yang Dicintai membuat sang sufi dicintai oleh semua makhluk, dan bila dilafazkan terus menerus dalam kesendirian, maka keakraban dan cinta Ilahi akan semakin berkobar; dan Asma al-Faiq, “Yang Mengalahkan” sebaiknya jangan dipakai oleh para pemula, tetapi hanya oleh orang yang arif yang telah mencapai tingkatan yang tinggi.
Tareqat Syadziliya menarik terutama sekali golongan kelas menengah, pengusaha, penguasa dan pengawai negeri. Mungkin karena kaedah yang tidak begitu membebani pengikutnya dengan ritual-ritual yang memberatkan seperti yang terdapat dalam tareqat-tareqat yang lainnya. Setiap anggota tareqat ini wajib mewujudkan semangat tareqat didalam kehidupan dan lingkungannya sendiri, dan mereka tidak diperbolehkan mengemis atau mendukung kemiskinan. Oleh karenanya, ciri khas yang kemudian menonjol dari anggota tareqat ini adalah kerapian mereka dalam berpakaian. Kekhasan lainnya yang menonjol dari tareqat ini adalah “ketenangan” yang terpancar dari tulisan-tulisan para tokohnya, misalnya: asy-Syadzili, Ibn Atha’illah dan Ibn Abbad ar-Rundi. A Schimmel menyebutkan bahawa hal ini dapat difahami bila dilihat dari sumber yang dicontohi oleh para anggota tareqat ini. Kitab ar-Ri’ayah karya al-Muhasibi. Kitab ini berisi tentang telaah psikologis mendalam mengenai Islam di masa awal. Contoh lainnya adalah Qut al-Qulub karya al-Makki dan Ihya Ulumuddin karya al-Ghazali. Ciri “ketenangan” ini tentu saja tidak begitu menarik bagi kalangan muda dan kaum penyair yang menginginkan cara-cara yang lebih mencabar untuk berjalan di atas Jalan Yang Benar.
Disamping Ar-Risalah oleh Abul Qasim Al-Qusyairy serta Khatamul Auliya’ oleh Hakim at-Tirmidzi. Ciri khas lain yang dimiliki oleh para pengikut tareqat ini adalah keyakinan mereka bahwa seorang Syadzilliyah pasti ditakdirkan menjadi anggota tareqat ini sudah sejak di alam Azali dan mereka percaya bahwa Wali Qutb akan senantiasa muncul menjadi pengikut tareqat ini.
Jumaat, 15 Ogos 2008
Pengenalan Kepada Tariqat Nimatullahi
Ini adalah artikel yang telah diterjemah kan oleh saya dari satu laman web Tariqat Nimatullahi dari USA. Saya tak berapa pasti macam mana pegangan tarikat ini, adakah ia mengikuti aliran Syiah atau tidak. Akan tetapi dari pembacaan saya yang lebih kurang, syeikh-syeikh yang menjadi ikutan dan panutan mereka adalah dari golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Jika dibandingkan diri mereka ini dengan golongan Syiah Ghulat, samada Imamiah Akbari atau Usuli, mereka ini begitu toleran. Golongan ini juga banyak dimusuhi dan dianiaya oleh golongan-golongan Ayatollah di Iran. Mungkin toleransi mereka dengan golongan Sunni menjadi ancaman pada golongan Ayatollah Syiah ini. sebagai mana yang dimaklumi, kekuatan pengaruh Ayatollah banyak bergantung kepada ramainya para pengikut masing-masing. Berikut adalah artikel yang ditulis:-
Hazrat Syed Nuruddin Shah Nimatullah Wali merupakan salah seorang daripada guru sufi yang terkenal dan merupakan salah seorang daripada penyair Iran yang terkenal dalam kurun ke 14 dan ke 15 Masehi. Dalam kesufian, beliau tergolong dalam Golongan Ma’rufi dan merupakan salah seorang penuntut kepada Sheikh Abdullah Yafei yang meninggal di Mekah pada tahun 768 Hijrah (1362 M).
Golongan Ma’rufi adalah tariqat yang berasal daripada Sheikh Ma’ruf Karkhi hingga lah kepada Imam Ali ar-Reza, yang dijadikan oleh orang-orang Syiah sebagai imam kelapan mereka. Petunjuk dan pengajaran sufi yang dibawa oleh Shah Nimatullah Wali diterima diwaktu ramai orang mengatakan diri mereka sufi walaupun tidak mengetahui tentang kesufian sebenar. Oleh itu, kedatangan Shah Nimatullah Wali menyebabkan tariqat dari cabang Ma’rufi diterima ramai dan bertapak di Iran dan banyak lagi negeri-negeri Islam lain pada waktu itu. Penuntut-penuntut dari Cabang Ma’rufi ini kemudiannya menamakan tariqat ini sempena nama Shah Nimatullah Wali dan kemudiannya terkenal dengan nama Nimatullahi.
Selain daripada menjadi guru sufi yang terulung di Iran, beliau juga adalah merupakan antara golongan ilmuwan dan penyair yang terkenal di Iran. Dilihat dari segi hasil penulisannya yang begitu banyak lebih kurang 500 buah artikel dan karangan mengenai kesufian dan mistik menunjukkan satu kelainan dan kejarangan bagi seorang guru sufi menulis sebegini banyak. Koleksi sajaknya yang sebanyak 12000 bait memperkatakan tentang konsep-konsep mistik yang ditulis dengan cara simbolik.
Dalam tahap akhir kehdupan beliau, Shah Nimatullah Wali telah membina satu Khaneqah yang besar di Mahan berdekatan dengan Kerman di selatan Iran dimana tempat itu telah dijadikan pusat pengajaran menuntut ilmu. Beliau kemudian meninggal disitu pada tahun 834 Hijrah. Khaneqah itu kemudian diperbesarkan oleh para pengikutnya sepanjang abad kemudiannya dan pada hari ini binaan itu dikatakan antara mercutanda yang tercantik dan terhebat di Iran.
Selepas kematian Shah Nimatullah Wali, anaknya Shah Khalilullah yang juga merupakan penggantinya telah berpindah ke Dekan di India dimana tariqat ini terus berkembang selama tiga abad hinggalah kepada murshid pada waktu itu Rida Ali Shah menghantar dua orang sheikhnya ke Iran untuk memperkembangkan kembali ajaran tariqat itu di Iran.
Di masa zaman Hajj Sultan Muhammad Gonabadi yang terkenal sebagia Sultan Ali Shah 9lahir di Gonabad, Khurasan pada 1251 H / 1835 M), tariqat Nimatullah kembali terkenal dan pada waktu sekarang lebih dikenali dengan nama Nimatullah Gonabadi atau Nimatullah Sultan Ali Shah. Tariqat ini merupakan cabang yang terbesar dan paling terkenal yang diamalkan di Iran pada waktu ini.