Pengenalan Kepada Tariqat Nimatullahi.
Ini adalah artikel yang telah diterjemah kan oleh saya dari satu laman web Tariqat Nimatullahi dari USA. Saya tak berapa pasti macam mana pegangan tarikat ini, adakah ia mengikuti aliran Syiah atau tidak. Akan tetapi dari pembacaan saya yang lebih kurang, syeikh-syeikh yang menjadi ikutan dan panutan mereka adalah dari golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Jika dibandingkan diri mereka ini dengan golongan Syiah Ghulat, samada Imamiah Akbari atau Usuli, mereka ini begitu toleran. Golongan ini juga banyak dimusuhi dan dianiaya oleh golongan-golongan Ayatollah di Iran. Mungkin toleransi mereka dengan golongan Sunni menjadi ancaman pada golongan Ayatollah Syiah ini. sebagai mana yang dimaklumi, kekuatan pengaruh Ayatollah banyak bergantung kepada ramainya para pengikut masing-masing. Berikut adalah artikel yang ditulis:-
Hazrat Syed Nuruddin Shah Nimatullah Wali merupakan salah seorang daripada guru sufi yang terkenal dan merupakan salah seorang daripada penyair Iran yang terkenal dalam kurun ke 14 dan ke 15 Masehi. Dalam kesufian, beliau tergolong dalam Golongan Ma’rufi dan merupakan salah seorang penuntut kepada Sheikh Abdullah Yafei yang meninggal di Mekah pada tahun 768 Hijrah (1362 M).
Golongan Ma’rufi adalah tariqat yang berasal daripada Sheikh Ma’ruf Karkhi hingga lah kepada Imam Ali ar-Reza, yang dijadikan oleh orang-orang Syiah sebagai imam kelapan mereka. Petunjuk dan pengajaran sufi yang dibawa oleh Shah Nimatullah Wali diterima diwaktu ramai orang mengatakan diri mereka sufi walaupun tidak mengetahui tentang kesufian sebenar. Oleh itu, kedatangan Shah Nimatullah Wali menyebabkan tariqat dari cabang Ma’rufi diterima ramai dan bertapak di Iran dan banyak lagi negeri-negeri Islam lain pada waktu itu. Penuntut-penuntut dari Cabang Ma’rufi ini kemudiannya menamakan tariqat ini sempena nama Shah Nimatullah Wali dan kemudiannya terkenal dengan nama Nimatullahi.
Selain daripada menjadi guru sufi yang terulung di Iran, beliau juga adalah merupakan antara golongan ilmuwan dan penyair yang terkenal di Iran. Dilihat dari segi hasil penulisannya yang begitu banyak lebih kurang 500 buah artikel dan karangan mengenai kesufian dan mistik menunjukkan satu kelainan dan kejarangan bagi seorang guru sufi menulis sebegini banyak. Koleksi sajaknya yang sebanyak 12000 bait memperkatakan tentang konsep-konsep mistik yang ditulis dengan cara simbolik.
Dalam tahap akhir kehdupan beliau, Shah Nimatullah Wali telah membina satu Khaneqah yang besar di Mahan berdekatan dengan Kerman di selatan Iran dimana tempat itu telah dijadikan pusat pengajaran menuntut ilmu. Beliau kemudian meninggal disitu pada tahun 834 Hijrah. Khaneqah itu kemudian diperbesarkan oleh para pengikutnya sepanjang abad kemudiannya dan pada hari ini binaan itu dikatakan antara mercutanda yang tercantik dan terhebat di Iran.
Selepas kematian Shah Nimatullah Wali, anaknya Shah Khalilullah yang juga merupakan penggantinya telah berpindah ke Dekan di India dimana tariqat ini terus berkembang selama tiga abad hinggalah kepada murshid pada waktu itu Rida Ali Shah menghantar dua orang sheikhnya ke Iran untuk memperkembangkan kembali ajaran tariqat itu di Iran.
Di masa zaman Hajj Sultan Muhammad Gonabadi yang terkenal sebagia Sultan Ali Shah 9lahir di Gonabad, Khurasan pada 1251 H / 1835 M), tariqat Nimatullah kembali terkenal dan pada waktu sekarang lebih dikenali dengan nama Nimatullah Gonabadi atau Nimatullah Sultan Ali Shah. Tariqat ini merupakan cabang yang terbesar dan paling terkenal yang diamalkan di Iran pada waktu ini.
Jumaat, 15 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan